TAJUK: PENGURUSAN MURID
NAMA : YUVARAJ A/L K ARUMUGAM
NO.KAD
MATRIK: D20221104303
Pengurusan bermaksud pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Murid pula diertikan sebagai peserta didik, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut iaitu orang yang mempunyai potensi asas yang perlu dikembangkan melalui pendidikan.
Menurut pandangan Tokoh Falsafah Jaafar Muhammad (1998), pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
Pengurusan murid mempunyai proses seperti aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Pengurusan murid mempunyai banyak aspek yang luas. Sebagai contohnya, sahsiah murid, aspek disiplin, serta kejayaan akademik.
Elemen yang merangkumi Pengurusan Murid :
A) Pengurusan Rekod Murid.
Rekod murid merupakan elemen yang sangat penting dalam pengurusan murid. Rekod murid merupakan data atau maklumat pelajar yang mempunyai semua aspek perkembangan potensi seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Rekod Murid boleh dilakukan melalui secara manual. Sebagai contohnya ialah rekod kesihatan, rekod kehadiran, rekod kutipan yuran dan sebagainya. Selain daripada itu, rekod murid juga boleh dilakukan secara talian. Antaranya ialah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Tidak hanya dengan itu, KPM menyediakan juga sistem yang lain seperti Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Semua jenis rekod ini diwujudkan untuk menjadi panduan bagi murid-murid dan ibubapa. Semua rekod ini digunakkan untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang ada.
B) Kesediaan murid belajar
Kesediaan belajar ditakrifkan sebagai keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman yang baru. Guru sebagai pendidik yang baik hendak menguruskan kesediaan murid untuk belajar. Terdapat beberapa faktor-faktor yang bergantung terhadap Pengurusan Pembelajaran. Antaranya ialah memberikan motivasi, pemindahan pembelajaran, nilai dan sikap, ingatan dan lupaan, pemikiran serta pengamatan dan penanggapan.
Jenis Kesediaan
Peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta menghubung berkaitkan pengalaman sedia ada seseorang.
2) Kesediaan afektif
Kesediaan sikap, perasaan dan nilai seseorang murid oleh guru terhadap pelajaran Antara kesan kesediaan afektif ialah pelajar akan menjadi aktif serta mudah untuk menerima pembelajaran. Pelajar akan dapat belajar dengan baik serta mereka akan berjaya pada masa hadapan.
3) Kesediaan psikomotor
Kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan. Ia menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Selaras dengan itu, penguasaan kesediaan psikomotor bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.
C) Memotivasikan Murid
Motivasi ialah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Jenisnya terdiri daripada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Dalam pada itu, guru boleh menggunakan dua jenis ini mengikut kaedaan murid.
Kepentingan
Rumusan
Sebagai kesimpulannya, Pengurusan murid merupakan satu aspek yang dianggap amat penting dalam sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan murid yang berkesan dapat melancarkan pentadbiran sekolah dan prestasi sekolah juga dapat ditingkatkan. terdapat tiga aspek yang penting dalam pengurusan murid iaitu Pengurusan Rekod Murid, Kesediaan murid belajar, Memotivasikan murid. Ketiga-tiga kaedah pengurusan murid mempunyai kepentingan tersendiri dalam meningkatkan pencapaian akademik murid serta memotivasikan pelajar.
RUJUKAN
TALIAN
Modul Pengurusan Murid (PM) : https://apdm.moe.gov.my/panduan/FAQ_modul_PM.pdf]
Chen. L. M. Pengurusan Pembelajaran - Tajuk 5: Pengurusan Murid. Diperoleh daripada: https://tugasanportfoliokps3014.blogspot.com/p/tajuk-5.html
Analogy. C (2018, Nov 11). Pengurusan Pembelajaran - Tajuk 5: Pengurusan Murid. Diperoleh daripada: http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/pengurusan-murid.html
NAMA : YUVARAJ A/L K ARUMUGAM
NO. KAD MATRIK: D20221104303
Comments
Post a Comment